
Dari aku: Cinta itu adalah satu paksi; yang menjadi tapak pada setiap hubungan cinta.
Ada tiang tegak dan melintang pada paksi tadi. Yang melintang adalah cinta manusia sesama manusia. Yang menegak adalah cinta manusia dengan Tuhan. Ia infiniti..terus ke akhirnya, erti kebergantungan pada kuasa yang sebenarnya memberi cinta.
Bila cinta menjadi paksinya, sekalian kita telah menyatukan hati bersama dan berkasih sayang dengan kuasa cinta itu. Ya, Tuhan itu melemparkan rasa cinta pada setiap hati ciptaanNya. Dan, jadilah sebuah cerita tentang Laila dan Majnun, Jason dan Orked..aku dan kalian semua. Kita percayakan cinta sebab cinta yang mengikat segala hati menjadi satu.
Islam pun menggalakkan cinta. Konsepnya terlalu luas, subjektif. Cinta Tuhan, Cinta manusia, Cinta sesama makhluk mahupun dengan binatang dan ciptaan Tuhan yang lain.
Ibn Hazm dalam buku beliau menyatakan bahawa "cinta itu adalah roh yang terpisah di dunia ini dan kemudiannya disatukan di dunia atas sebuah kuasa agung"
Erm..aku melihat kuasa agung itu sebagai kuasa pencipta cinta kita, DIAlah Tuhan khaliqul 'alamin.
Ungkapi rasa cinta di mana saja...
"Aku cintaimu kerana Tuhan. Kerna kau srikandi cinta kurnia Tuhan buatku. Natijahnya, apa pun yang akan aku lakukan adalah atas namaNya. Sikap, kasih sayangku dan apa jua yang aku lakukan adalah atas nama Tuhan yang menyatukan hati kita berdua" -suara sang kekasih
"Abah kasihimu sebab dikau anakku. Dikau kurniaan Tuhan buat Abah dan Ummi. Perlu abah kasih dan bimbing selalu. Moga apa yang abah buat ini akan melahirkan satu bi'ah yang sempurna antara kita semua" -kisah kasih abah
"Aku kasihimu Mama. Mama melahirkanku dengan jerih payah. Rindu sungguh senyumanmu, penawar dukaku. Sayangmu Mama, akan kukenang jasamu selamanya" -sayang sang anak
"Angin, kau nyanyikan lagu..tenang selalu.
Bayu sampaikan berita..
daku kini ceria aman dan bahagia.
Selimutkan rinduku bersama malammu"
Ahh!! Indahnya baitan kalam dan suara yang menyemarak rasa cinta. Bila ia dirasai di hati..maka hatilah yang merasai cinta. Itu adalah kecintaan kurniaTuhan buat kita semua.

Cinta Tuhan, menguji kita sebagai hamba: DIA bantu kita meraih iman. Cinta Tuhan bila DIA memberi nikmat yang tak terhingga. Cinta Tuhan bila DIA beri ingatan pada setiap kelekaan. Cinta Tuhan, bila DIA mencukupkan apa yang kita rasa kurang. Indahnya..kadang DIA menghantar mesej berupa manusia untuk mengingatkan kita..aku yang alpa. DIA tahu insan ini terlalu 'nasiyya': lupa.
Moga cinta terus semarak. Tapaknya adalah iman dan kasih sayang. Bila ada percaya, ia akan menguatkan apa yang kita lakukan. Percaya Tuhan, percayakan kasih sayang dan seterusnya merasai cinta di segenap hati yang dianugerahi nikmat itu.
~MENCARI CINTA ;)
No comments:
Post a Comment